Tuesday, June 23, 2009
daya da tunang....?????
aku rinduuuuu....
hai....lame da aku x update blog ni...x smpat la nak g cc ari2..huhuhu..emm tapi aku rindu kat kwn2 sume..slalu tringat memori zman blajo dulu,....sonoknye..emm bru2 ni result kluar daa..dan yang wat aku gumbira bila dapat result yg di luar jgkaan..akhirnye dpt gak aku hbskan blaja dengan kptsn yg baik..alhamdulilah...skrg ni yg pngnye bile x de keje...huhuhu...keje..keje..keje...hmmmmm
Tuesday, May 5, 2009
hari terakhirku di ukm...
Sunday, May 3, 2009
apa sebenarnya erti cinta???
asalamualaikum..hi sume..emm ntah la x tau asal tibe2 je cinta lak jadi tajuk post kali ni. waktu ngah search kat tenet td dpt plak skit psl cinte ni....apa sebenarnye cinta tu..semestinye sgt abstrak tuk dihuraikan kan..so definisi kat bawah ni adalah merujuk kpd apa itu cinta..jom kite teliti satu persatu..
Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu, hanya untuk mengetahui baahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.
Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!
Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya. Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
hakikatnya cinta yang sebenar-benarnya adalah menyintai Yang Maha Esa. cinta itulah yang kekal subur dan mendamaikan hati kita untuk selamanya...
Saturday, May 2, 2009
Waktu mustajab berdoa
- Waktu sepertiga malam, iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka (para muttaqin) sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzariyat: 18-19)Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah, iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
manfaat membaca...
Mendengar seruan itu, tahulah Syeikh Abdul Kadir yang ia adalah suara syaitan cuba memperdayakannya. “Celakalah kau syaitan! Sesungguhnya Tuhanku tidak akan menghalalkan apa yang sudah diharamkan-Nya.”Syaitan tidak berputus asa, lalu ia berkata lagi: “Sudah ramai wali Allah yang berjaya aku sesatkan dengan helahku, tetapi engkau sudah selamat dari tipuanku kerana ilmumu tinggi.”Balas Syeikh Abdul Kadir: “Celakalah engkau, bukan ilmuku yang menyelamatkan aku dari sebarang tipu dayamu, tetapi rahmat Allah jualah yang dapat menyelamatkan aku.”
Muda bukan hanya sekali
Tidak hairanlah semua ideologi mensasarkan remaja sebagai penerus kesinambungan perjuangan. Malah untuk merosakkan satu-satu bangsa selalunya diawali dengan merosakkan remaja.Al-Quran ada menceritakan banyak teladan remaja. Cerita remaja ashabul kahfi memang patut dicontohi. Ketika manusia seluruhnya hanyut dalam sandiwara leka dunia mereka teguh lari menyelamatkan iman.Malah, menurut riwayat, ada kalangan yang beranting-anting dan berambut panjang tetapi mereka tidak hanyut dalam kelekaan kerana ada roh agama.Begitu juga Saidina Ali, dalam usia sembilan tahun berani menjadi galang ganti Rasulullah tidur di katil nabi laksana menggadai nyawa pada malam hijrah nabi.
tiga tahap hati...
Dengan daya penglihatan terbukalah kepada daya akal mengenai sudut kebaikannya, lalu memutuskan ia adalah suatu mesti dilakukan. Begitulah daya akal (syarie) ini menggalak, mendorong dan menyerunya supaya melakukannya. Malaikat akan meninjau ke dalam hati ini, didapatinya baik dan subur, bersih dengan sifat ketakwaan dan bersinar dengan cahaya ilmu. Malaikat mendapati hati ini layak untuk tempat penurunan. Ketika itu, hati dibantu dengan tentera yang tidak dapat dilihat oleh mata dan sentiasa ditunjuk ke arah kebaikan dan sentiasa tertarik dari satu kepada kebaikan yang berterusan dan saling bersambungan. Bantuan ini tidak terputus sama ada dalam bentuk saranan, galakan dan dorongan kepada kebaikan atau dirintiskan kepadanya laluan, lorong atau jalan kemudahan dan kelapangan. Allah mengisyaratkan dalam surah al-Lail, maksudnya: "Apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa. Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)." (al-Lail:5-7)Hati sedemikian adalah hati yang pelitanya menyinarkan cahaya dari 'misykat rububiyah' sehingga tidak ada suatu terlindung padanya dan tidak terpengaruh oleh tipu daya syaitan, bahkan tidak akan mempedulikannya.Selepas bersih daripada sifat tercela membinasakan, hati ini segera terhias indah dengan sifat terpuji yang menyelamatkan seperti syukur, sabar, takut dan pengharapan, zuhud, mahabbah, reda, rindu, tawakal, tafakkur dan muhasabah. Hati inilah diterima dan dihadapkan Allah ke atasnya iaitu hati muthmainnah yang dimaksudkan oleh firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." (ar-Ra'd)
tesisku....
haa ni la hasil kerja aku setelah 2 sem mengadap benda alah ni..huhu..let me give u some abstract of this research...(hehe saje test power..ahaks)..kajian aku ni berkaitan dengan tahap pengusaan bahasa Melayu daalam kalangan pelajar Melayu..aspek yg aku tgk ialah morfologi dan sintaksis..n kat bwh ni adalah abstrak bg kajian aku k...
Tahap penguasaan bahasa Melayu khususnya dalam kalangan pelajar Melayu sendiri dilihat masih berada dalam tahap yang rendah. Pewartaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tidak memberi kelebihan kepada pelajar Melayu sebagai penutur natif bahasa berkenaan. Gejala ini dilihat semakin membimbangkan apabila keputusan mata pelajaran bahasa Melayu dalam peperiksaan umum di negara ini seperti SPM menunjukkan penurunan tahun demi tahun. Hal ini amat membimbangkan kerana didapati pelajar Melayu yang banyak melakukan kesilapan. Pengkaji mendapati terdapatnya kekeliruan kepada pelajar Melayu terhadap bahasa yang dipelajari di sekolah dengan bahasa yang digunakan di rumah. Atas dasar itu kajian ini dilakukan untuk melihat dan menganalisis tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu. Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah yang terletak di bandar Alor Setar dengan melibatkan seramai 30 orang pelajar Melayu tingkatan empat. Para pelajar diminta menjawab soalan karangan bergambar yang bertajuk “aktiviti masa lapang”. Kemudian proses penandaan akan dilakukan mengikut kelaziman yang diguna pakai di sekolah-sekolah iaitu dengan menggunakan Tatabahasa Dewan sebagai pegangan utama. Kemudian pendekatan nahu praktis akan dilaksanakan dalam kajian ini untuk melihat perbezaan yang terdapat di antara Tatabahsa Dewan dan juga Nahu Praktis. Dua pola yang dikaji ialah kesalahan dalam aspek morfologi dan juga kesalahan dalam aspek sintaksis. Setiap kesalahan yang didapati mengikut tatabahasa pegangan akan dihuraikan dengan lebih terperinci dengan menggunakan pendekatan nahu praktis yang bersifat deskriptif. Data korpus pula akan dijana untuk mensahihkan lagi penggunaan bahasa yang sebenar dalam kehidupan seharian.
study group '09
emmm ekceli kali ni aku nak syer pasal study group aku..da last sem bru la ditubuhkan..asalnye aku mls gak nak join.sbb jns aku ni lbh ske stadi kat blk srg2...tmpt yg syp je..tp rumate da plawe so trmie je la.lgpon ni last year so de ksmptn ni blh la aku gnekan tuk study ngan kwn2...kdg2 mmg x dinafikan studi group ni sgt membantu..ye la mne dan nk study sume bab..tp yg x bestnye bile study group tu diwat tanpa persediaan..time tu bru nk cr bce n cri point..tu mmg aku x bpe gmar la...tp tu hak msg2 la kan..
group ni ditubuhkan atas idea faiz sebenarnye..pas tu die pas kat cekti..n cekti plak pass kat aku n miji..so tersebarlah ia..n akhirnye sumenye de 7 org..aku, cekti, faiz, kira, miji,eda n mira..port kitorg bese kat blk perbincangan ptsl aras 3..mule2 cam slow gak tp last2 jd best sgt...n lg best bile pe yg dibncgkan kluar sejibik2 ngan sklan exam...huhu..1st skali bincang pasal komputer..n smggu kemudian kitorg bncg pal dialek plak..mase bncg dialek ni sume blur2 je..ye la byk tu kene hfl..konsep2 pntg sume kene tau..so kitorang decide hafal sume konsep yg de..hmm..mcm2 hal jd...tp mmg syok la.n td adlah persidanagn terakhir yg kitorg wat.kali ni pasal stilistik plak.huhu.jenuh gak nak phmkan metafora...tp akhirnye blh gak...emm blh dikatekan group kitorg ni berjaye gak la..InsyaAllah...thanks byk2 kat faiz sbb bg idea wat kmpln ni..dr sini la aku dpt tgk cre org study n cre pmikiran yg berbeza ngan cre aku..at least aku leh cr kelainan n applied pe yg diorang gunekan..kpd sume ahli-ahli dewan, persidangan kite da berakhir tadi..sedey2..huhu..thanks sume sbb sudi kongsi idea n cdgn yg bek tuk final exam kali ni.smge kite same2 berjaya k.. Aminn...
ni kat ptsl mse bncg dialek.
cehh..khusyuk sungguh.....
ni kat KDO smbg bncg pas mkn..huhu
time ni faiz blanje air...hehe...
Thursday, April 30, 2009
Penyakit jiwa binasakan batin, peribadi manusia
Pendapat beliau selari dengan pandangan Dr Yusof Al-Qardhawi dalam bukunya Al-Iman Walayah yang menyebut, "Ilmu, kesihatan, kepuasan nafsu, kekuatan, harta kekayaan tidak dapat menjana kebahagiaan. Hanya iman kepada Allah, hari akhirat dapat menjana kebahagiaan dan ketenangan" Begitulah yang diajarkan Islam bahawa seseorang yang berpegang dengan agama secara benar bermakna selalu ingat kepada Allah SWT dalam pelbagai kesempatan atau peluang baik duduk, berdiri mahu pun berbaring, yang akhirnya membuahkan ketenangan jiwa. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram" (Surah Ar-Ra'd: 28) Dalam ayat lain kita menemui penjelasan Allah mengenai orang yang benar-benar beriman tetap memperoleh keamanan dan ketenteraman. "Orang-orang yang beriman dari tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk" (Surah al-An'am: 82) Kita juga perlu yakin dengan pertolongan Allah. Sebab seperti yang kita ketahui bahawa dalam usaha untuk mendapatkan sesuatu yang diimpikan sering kali terpaksa menghadapi masalah dan rintangan. Ini semua boleh menimbulkan rasa putus asa, takut dan kebimbangan. Bila ada keyakinan bahawa Allah akan menolong orang beriman (baik orang-orang terdahulu, sekarang dan akan datang) yang bersungguh-sungguh berusaha dan berjuang, menyebabkan jiwa menjadi lapang dan tenteram. Firman Allah SWT bermaksud:
"Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (Surah Al-Anfal: 10) Senada dengan itu di lain ayat Allah menjelaskan: "Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan) mu, dan agar tenteram hatimu kerana-Nya dan kemenanganmu itu hanyalah daripada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Ali Imran: 126) Islam juga mengajar kita agar selalu bersyukur kepada Allah. Nikmat yang Allah anugerah kepada kita amatlah banyak sehingga tidak terhitung jumlahnya. Kendatipun nikmat atau rezeki itu kecil, tetap diterima dengan penuh reda dan kesyukuran menyebabkan jiwa sentiasa lapang. Selanjutnya dia yakin bahawa Allah akan menambah nikmat itu sebagaimana dapat kita fahami daripada kenyataan al-Quran yang bermaksud: "...Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepadamu, demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras" (Surah Ibrahim: 71) Namun jika tidak ingin bersyukur, tatkala mendapat rezeki sedikit pasti akan terus menjadi resah, memberontak, putus asa dan dengki terhadap orang yang mendapat rezeki lebih daripadanya. Hal ini boleh kita lihat ayat suci yang bermaksud: "Dan Allah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi penduduknya mengingkari nikmat-nikmat Allah; Kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian (meliputi tubuh badan mereka), kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat" (Surah An-Nahl: 162).
Monday, April 20, 2009
motivasi diriku untuk jadi yang terbaik...
selamat menghadapi peperiksaan....
Saturday, April 18, 2009
Cinta Jangan Kau Pergi
by Sheila Majid
Kusedari
Kesalahan ini
Yang membuat segalanya
Gelap jadinya
Oh... oo... kasihku
Kuharap kau mahu
Memaafkan menerima pengakuanku
Jangan kau diam lagi
Ku tak sanggup menahan
Bicaralah kau sayang
Jiwa ini tak tenang
Cinta jangan kau pergi
Tinggalkan diriku sendiri
Cinta jangan kau lari
Apalah erti hidup ini
Tanpa cinta dan kasih... sayang
ketulusan hati...
by Anuar Zain
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
x mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia utk selamanya
Apa yg kurasakan ini
Persembahan utk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintai mu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
oooo
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Friday, April 17, 2009
Ku mohon....
by Sheila Majid
Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu
Ada kala ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu
Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menepuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu
Wednesday, April 15, 2009
memori tercipta...
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama....
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
kenangan bersama.....
linguistik /kkm....
sahabat....
sweet memory...
bersama rumate kesayangan...
teristimewa kepada sahabat-sahabatku sekalian...kenangan kita bersama tak mungkin dapat aku lupakan.maaf dipinta seandainya ada terkasar bahasa, perlakuan dan tingkah laku yang bisa menyakitkan hati..semoga kita akan terus bersahabat buat selamanya..InsyaAllah...n de last thing is gud luck for this final exam..wat la yang terbaik kerana mgkn ini yang exam kita yg terakhir dlm bdg akademik..chayok2....
Tuesday, April 14, 2009
sifu saya....pengubat duka lara =)
hakikat rasa kita yang merasa 2
hakikat rasa kita yang merasa....
petang tinta kasih linguistik....
Tuesday, April 7, 2009
anugerah dekan '09
dan sebenarnya...=)
by Yuna
oh bulan
enggan melayan diriku lagi
pabila
airmata membasahi pipi
dah lagu lagu di radio
seolah olah memerli aku
pabila
kau bersama yang lain
adakah perasaan benci ini
sebenarnya cinta
yang masih
bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
disebalik senyuman mu itu
kau juga
merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
mula menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain
pabila kau merenung matanya
ku rebah
jatuh ke bumi
disaat kau benar benar mahu pergi
seperti
ku bernafas dalam air
dan sebenarnya
aku rindu
aku tak mampu
tanpamu
Monday, April 6, 2009
tanggungjawab seorang pemimpin....
by Hijjaz
Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya
Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama
Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya
Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah
Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita
Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini
insaf laaaaa....
by Hijjaz
Wahai insan ingatlah kamu
Hidup di dunia tiada abadi
Sebelum terlambat sedarlah diri
Buatlah amal sebelum mati
Ingatlah seksa api neraka
Hawanya panas tiada terkira
Jikalau hidup leka dan alpa
Tentulah nanti akan terseksa
Jikalau dirimu leka dan alpa
Tentulah nanti akan terseksa
Ingatlah wahai insan...
Ingat dan waspada wahai manusia
Menempuh hidup banyak dugaan
Iman dan taqwa datangnya di jiwa
Bahagia hidup sepanjang masa
kasih mesra....
by Hijjaz
berkasih mesra hidupkan bahagia
fitrah semunajat bagi diri manusia
itulah harta yang paling tinggi nilainya
bersamalah kita
saling menyuburkannya
marilah kita bina
bersama mengamalkannya
itulah pesanan berharga
dari Allah dan juga rasulNya
tak kira masa tak kira suasana
walaupun dirumah atau ditempat kerja
hormat menghormati
jadikanlah amalan
bersama keluarga juga jiran tetangga
marilah kita jaga
elakkan persengketaan
tiada faedah darinya
kita rugi lagi merugikan
berkasih mesra hidupkan bahagia
fitrah semunajat bagi diri manusia
itulah harta yang paling tinggi nilainya
bersamalah kita
saling menyuburkannya
tak kira bangsa darjat atau usia
insan istimewa atau insan biasa
warga yang tua sa diri dihormati
pada yang muda rasa diri disayangi
anak-anak tatatilah kedua ibubapa mu
patuhilah pesanan mereka
hidup selamat dan sejahtera
berkasih mesra hidupkan bahagia
fitrah semunajat bagi diri manusia
itulah harta yang paling tinggi nilainya
bersamalah kita
saling menyuburkannya....
bersamalah kita
saling menyuburkannya...
Friday, April 3, 2009
teman sejati...
Teman Sejati - Brothers
Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui
Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita
Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...
KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita
Wednesday, April 1, 2009
bahasa rojak: Melayu hamburger
PENUBUHAN Panel Penasihat Penyiaran telah dilancarkan pada 17 Ogos 1997 oleh Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat. Panel yang berperanan sebagai penasihat kepada Menteri Penerangan itu bertanggungjawab menetapkan standard yang perlu dipatuhi oleh stesen penyiaran tempatan ke arah mewujudkan masyarakat bermaklumat di samping mengekalkan nilai murni.
Pelantikan tokoh politik veteran, Datuk Dr. Rais Yatim - yang suatu ketika dahulu pernah menyandang tugas Menteri Penerangan - sebagai pengerusi panel yang dianggotai oleh kira-kira 25 ahli itu telah dipersetujui oleh Perdana Menteri pada 7 Ogos 1997.
Masalah bahasa banyak, kata Dr. Rais, dan cabaran kepada lebih kurang 25 orang anggota Panel Penasihat Penyiaran itu ialah untuk melihat bagaimana siaran awam dan swasta dapat menjalankan tugas masing-masing di samping mendapat keuntungan tanpa membelakangkan budaya, tatasusila dan kehidupan masyarakat di Malaysia.
''Kita ingin melihat penggunaan bahasa Melayu yang seragam, berhemah dan bermartabat. Bukan bahasa rojak,'' tegasnya. Di samping itu, panel tersebut juga mencadangkan kepada Menteri Penerangan supaya siaran swasta ada unsur-unsur membina, jangan hanya mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira kepentingan bahasa.
''Dalam bidang tugas Panel Penasihat Penyiaran, kita juga berhadapan dengan permasalahan bahasa yang disalahgunakan, yang kita dapati jika tidak diawasi dan diperbetulkan, mungkin membawa kepada satu budaya yang sangat merendahkan martabat bahasa kita,'' katanya.
Tiga aspek permasalahan itu ialah bahasa siaran yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, penenggelaman bahasa Melayu dalam sistem pendidikan swasta dan ketidakseragaman bahasa penyiaran.
Gejala mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris merupakan gejala paling baru dalam penyiaran, katanya.
''Dalam setiap ayat seorang eksekutif sekarang, kita dapati mesti ada mengandungi - kalau tidak separuh, suku - kata-kata Inggeris yang dicampurkan dengan bahasa kita. Ini sudah begitu automatis sehinggakan ia merupakan budaya baru bangsa Melayu bercakap separuh Melayu, separuh Inggeris.
''Sungguhpun perkara itu pada pandangan asasnya tidak ada apa-apa (salah), tetapi anak akan mengikut, murid akan mengikut, akhirnya bahasa Melayu sudah tidak ada - yang ada ialah bahasa rojak, bahasa campuran,'' jelasnya.
Keadaan ini kata beliau, akan menggagalkan usaha mewujudkan bahasa baku dan menggagalkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu.
Beliau juga menyatakan bahasa Melayu tenggelam dalam arus pendidikan swasta kerana institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tidak menjadikan ia sebagai bahasa pengantar.
''Daripada 400 buah IPTS sekarang misalnya, kita dapati hanya lebih kurang lima peratus pelajarnya adalah pelajar Melayu. Mungkin sebab inilah mereka (IPTS) menyatakan tidak payah belajar Bahasa Melayu dan bahasa Melayu tidak perlu menjadi bahasa pengantar.''
Sedangkan, kata beliau, kedudukan bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi, waima IPTS, sebagai bahasa pengajaran atau penggunaannya sebagai bahasa pengantar, adalah jelas.
Panel itu juga mahu supaya satu bahasa seragam digunakan oleh para penyiar. Pada masa sekarang, penyiaran awam yang dipegang oleh RTM menggunakan bahasa Melayu biasa iaitu bahasa Melayu Riau; sebaliknya penyiaran swasta seperti TV3 ''bercakap seolah-olah kita berada di Indonesia.''
Mahu tidak mahu, katanya, ini sudah menjadi kenyataan. Dengan itu kita mendapati ada dua jenis saluran bahasa Melayu digunakan dalam media elektronik.
''Ini tidak seharusnya berlaku sebab dalam membina bangsa dan negara, bahasa kita hanya perlu satu dari segi guna, tatabahasa dan nahu yang kita pakai. Tidak boleh satu, tidak boleh ada tiga,'' tegasnya.
''Oleh itu, kita (panel) menyarankan sekali gus kerajaan mesti mewujudkan keseragaman bahasa - sama ada Melayu Riau atau baku - tidak penting, tetapi hendaklah satu.''
Namun dalam penggunaan bahasa baku, pihak berkuasa katanya, harus menentukan supaya penggunaan bahasa baku itu ''janganlah nampak sangat kita meniru Indonesia kerana kita mempunyai identiti kita sendiri''.
''Penyeragaman bahasa siaran ini adalah untuk mengelakkan orang ramai keliru yang mana satu lidah rasmi. Itu sebenarnya yang kita hendak pertahankan.''
Bagaimanapun, ujar Dr. Rais, penyeragaman ini tidak melibatkan penggunaan loghat. ''Loghat tidak apa, tetapi apabila sampai kepada penggunaan bahasa rasmi, yakni menggunakan hebahan berita, rencana, ulasan waima celoteh deejay sekalipun - kalau saluran itu saluran kebangsaan - kalau saluran Melayu, mesti gunakan bahasa Melayu yang betul, jangan guna 'bahasa Melayu act'.''
Istilah 'bahasa Melayu act' digunakan oleh anak-anak muda untuk percakapan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan Inggeris, tanpa mengira nahu bahasa tersebut. ''Istilah ini saya fikir tidak betul,'' kata Dr. Rais, ''tetapi telah pun digunakan, jadi saya pinjam.''
Begitu juga penggunaan 'I' dan 'you' dalam bahasa harian yang sudah begitu lumrah. Perkara ini sukar diungkit, kata beliau, memandangkan ''menteri pun sudah bercakap demikian, inikan pulak orang di bawah...''
Tegas beliau, tugas panel tersebut bukan mudah; tambahan pula mereka mempunyai ramai pengkritik.
''Ada orang yang berkata bahasa adalah perantaraan komunikasi, jadi kalau ia berubah-ubah, tak apalah. Sebut sedap... tetapi kalau awak Melayu, hendaklah cakap Melayu.
''Orang Tionghua terus bercakap Mandarin, tanpa mencampuradukkannya dengan bahasa lain. Begitu juga bahasa Tamil, bahkan perkataan asing 'ditamilkan' sebelum digunakan dalam bahasa mereka. Kita orang Melayu terlampau mudah menerima perkataan asing, digunakan seolah-olah perkataan kita.
''Menggunakan perkataan asing pada pandangan panel tidak begitu berat, memang kita guna kerana bahasa kita berkembang, tetapi perkataan itu mesti 'dimelayukan'. Setelah dimelayukan baru kita guna mengikut tatabahasa Melayu.''
Menurut Dr. Rais, dalam usaha memantapkan penggunaan bahasa Melayu itu, pihak panel telah memutuskan supaya setiap pemimpin bercakap bahasa Melayu dengan betul dan tugas membuat alur aturnya telah diserahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
''Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ini sudah jelas dimaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan tetapi kalaulah bahasa rasmi tersebut 'sekerat ular, sekerat belut' itu amat mendukacitakan,'' katanya.
Sebab musabab berlakunya perkara ini barang kali banyak, kata beliau. Antaranya, mungkin disebabkan selama ini penumpuan penggunaan bahasa pada iklan, perniagaan atau drama tidak menjadi satu kepentingan berat kepada pihak berkuasa, maka tidak ada seorang pun yang menegur perkara itu selama ini.
''Setelah kita berjalan begitu jauh baru kita tengok, iaitu bangsa Melayu tidak lagi bercakap bahasanya dengan betul. Kita mesti perbetulkan keadaan ini,'' tegasnya.
Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan kenyataan Menteri Pendidikan baru-baru ini yang menyatakan kabinet sudah mengeluarkan arahan supaya menteri-menterinya menggunakan bahasa Melayu dalam menyampaikan dasar kerajaan. Ini merupakan lanjutan kepada apa yang disyorkan oleh panel berkenaan.
''Arahan ini baik. Kecenderungan sekarang, menteri atau pemimpin bukan Melayu tidak mahu bercakap Melayu, terus bercakap bahasa Inggeris dalam ruang berita. Kita harus haramkan ini.
''Kalau dia nak menyampaikan sesuatu berita, dan dia bercakap sebagai menteri kerajaan Malaysia, dia mesti bercakap Melayu. Betul tak betul, itu soal kemudian. Bercakap dahulu,'' tegas beliau.
Berbeza dalam dunia pengiklanan, katanya. Panel menerima hakikat bahawa kumpulan itu mempunyai 'lesen' menggunakan bahasa iklan. Malah penggunaan yang tidak ada dalam kamus juga dibenarkan.
''Ini kerana disedari kalau hendak menggunakan bahasa yang betul, iklan itu mungkin tidak dibaca orang kerana terlalu panjang. Perkara ini tidak menjadi kontroversi.
''Kontroversi yang sangat-sangat kita tekankan supaya diatasi ialah penggunaan bahasa rojak, yang boleh menjadi sangat mudarat,'' tambahnya.
Sehubungan itu, pihak panel telah menyuarakan agar pihak sekolah menyemarakkan program di mana anak-anak diajar bertutur lancar dan baik menggunakan bahasa Melayu menerusi syarahan atau proklameran sajak atau drama dan memasukkan aspek-aspek penilaian bahasa yang baik.
''Selain itu, didapati sekolah-sekolah sekarang ini yang mempunyai pengajaran bahasa Melayu, tidak lagi mengajarkan penggunaan bahasa yang indah, pepatah petitih sudah luntur,'' katanya.
Ini tegas Dr. Rais, menunjukkan kita sudah lupa akan tunjang kita. ''Perkara-perkara itu harus diimbau kembali bagi dijadikan panduan untuk kita memartabatkan kembali bahasa Melayu.''
Menurut beliau, kelekaan orang Melayu mengejar perkara lain juga menyebabkan perkembangan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi berjalan terlalu perlahan.
''Puncanya dari hemah kita menilai diri sebagai orang Melayu. Kita dah lupa akan sifat diri peribadi kita sebagai orang Melayu.
''Oleh sebab itu, Melayu kini ialah 'Melayu hamburger'. Kita tidak balik-balik ke pangkal.
''Orang Jepun, walau macam mana maju pun, terus hormat dan membahasakan dirinya sebagai orang Jepun. Kalau orang Jepun, yang mempunyai skriptur yang sebegitu teruk, boleh melakukannya, mengapa kita tidak boleh,'' soal beliau.
Namun Dr. Rais menegaskan bahawa usaha memartabatkan bahasa Melayu ini sebenarnya mesti muncul daripada pemikiran pihak berkuasa (yakni kabinet).
Sekadar contoh, beliau memberitahu, walaupun dasar sudah dibuat pada 1990 supaya penghakiman dibuat dalam bahasa Melayu, penggunaan bahasa Melayu di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan masih agak perlahan, malah boleh dikatakan hampir 75 peratus dijalankan dalam bahasa Inggeris.
''Kebanyakan peguam dan hakim di mahkamah-mahkamah itu tidak bercakap bahasa Melayu, kecuali pada pembukaan sahaja. Ini realiti.
''Barangkali, para hakim generasi baru lebih sesuai dan tepat untuk menggunakan bahasa Melayu kerana hakim sekarang, sebilangannya mewakili generasi lama, masih telor bercakap Melayu,'' tegasnya.
Dalam masyarakat berbilang bangsa, keupayaan masyarakat hidup harmoni dalam sebuah negara merupakan satu aset penting kepada pembangunan negara berkenaan. Malaysia seringkali dijadikan oleh masyarakat dunia sebagai negara yang mampu hidup dengan aman dan harmoni sekalipun mempunyai pelbagai bangsa.
Kita juga sering bercakap tentang mewujudkan satu 'bangsa Malaysia'. Namun bagaimanakah bentuk bahasa Malaysia nanti - apakah bahasa Melayu rojak yang digunakan sekarang ini adalah 'bahasa bangsa Malaysia' kurun ke-21? Ingatlah, bahasa itu bangsa.
ibuku inspirasiku....
bila ku berduka...
sayanngggg mak!!
saye dan mak saye....
mak dan abah...
Tuesday, March 31, 2009
my father my hero....
asalamualaikum sume...hai...hai...bertemu g kite kali ni ek...hehehhe...hjg mgu lps aku g wat M-Test..korang mesti da tau kan pe mendaalah mtest tu...aku balik kg ari khamis ag saing ngan sifu aku.padahal mtest tu ari sabtu.da aku ponteng klas ari kamis tu..huhu...sampai kg je da nak mgrb..abah la yg jmpt aku kat pekan..sampai umah je pe ag mak la yg aku cr dlu...rindu kat mak...pastu bru aku cri aisya....heheheh normal la tu..
emmm ekceli abah sangat galakkan aku amik kpli..abah kate keje la dulu bru smbg master.aku phm nape abah rse gtu.maybe abah risau kitorg x de keje..dan aku sedaye upaye akan penuhi harapan abah tu..bercakap pasal tajuk aku arini kan,,,aku sangat bangga ada ayah seperti abah. abah adalah segala-galanya...aku sayangggg abah aku...huhuhu..ramai member2 aku ckp abah tu garang.padahal abah rileks je.abah x penah pon mrh kitorg adik beradik..pukol apetah lg.x penah lgsg..cume bese la kitorg kan nakal2...abah bsg skit2 je la..lgpon kan abah pendiam skit.pastu kalo ckp nadanye tinggi..maybe kalo x knl mmg akan kate abah grg.lg satu kan aku tau abah syg kitorg cume abah x tnjk sgt...kadang2 ssh gak nk phm abah sbb abah kuat berahsia.kdg tu aku nk gak syer mslh ngan abah...tp.....hmmmmm...
emm berbalik pd kpli td....hehehhehee..aritu spatutnya abah keje syif ptg..bese kalo syif ptg abah grk kol 1..yela jauh tu tmpt kejenye...kat PTP sne..so mse mtest tu abah kate nak anto aku.bg aku da syukur sgt da abah nak anto..tp memule ingt abah anto je pastu trs blk..ye la nk keje kan..aku pon x ksh.blk blh nek bas je..tp abah kate x pe abah tgu smpi ude siap..huhuu terharu beb! abah sanggup tunggu aku smate2 x nak aku ssh nek bas..thats why aku anggap abah aku adalah hero aku...huhuhu...kalo blh aku nk cri suami mcm abah (hmmm....blh ke dpt ek???). mksd aku kat sini aku nak org yg kuat mcm abah, yg boleh wat sume keje n x pnh mngeluh pon..ingt ag mse mjls angah n kacum..abah la tulang blkg yg bertungkus lumus untk merealisasikan mjls tu...abah yg ke hulu ke hilir..wat tu wat ni...x penah ddk diam smpi la mjls tu blgsg..dulukan mase kecik2 de la umo aku 10 tahun kot kalo kitorang g JB msti lalu kampus UTM..pastu abah mesti cakap satu hri nti abah nak anak-anak abah masuk U.abah kate sorang pon jadila.. dulu aku rase cam mustahil nak msuk U.tp kini ianya satu realiti.Alhamdulillah aku, akak n adik aku da sampai ke tahap tu..tp terkilan skit sbb along x dapat msk U..x pe lah mgkn bkn rzki die kot..n aku akan pastikan 2 org lg adk aku tu dpat masuk U gak n berjaye dalam hdp.InsyaAllah... dan satu lg aku x pnh tgk abah skt..kalo dmm tu ade la..tp mase mjls kacum aritu abah skt trk sgt..tp abah still x nak g spital sbb tkt kene thn dalam wad.mse tu nk bgn pon ssh..sume sendi2nye skit.kitorg suspek kene chikungunya...da puas pjk bru abah nak g..tu pon g klinik je..n btol jgkaan kitorg..abah kene chikungunya..nyamuk ni mmg trk tau..ggt la org len..ni bpk aku jgk yg nk d ggt.huhuhuhu....emmm kalo nk di crte psl abah aku ni smpi esk pon x hbs...tp ape yg pntg aku ttp mynjung tinggi abah n also mak aku gak...aku slalu berdoa n berharap aku diberi ksmptn tuk mbls blk jase2 abah dan emak aku..insyaAllah...