Thursday, January 22, 2009

kahwin...kahwin.....

salam sume.....
minggu dpn bermula la cuti sem..bru je nek da cuti ag. dan yg bestnye cuti kali ni rmi membe2 mse skola dlu nak kawin..huhu..rse cam smalam je men tepuk tampo derang. ni tau2 je da nak kawin da...emm x pe la jodoh dia da sampai dulu kan..insyaAllah aku akan syer ngan korang sume k..teruja gak ni nak g..hahaha..k slamat bercuti sume..salammmm....

Thursday, January 15, 2009

rahsia tarikh lahir 2

hai...hai...

berikut ni la sambungan rahsia tarikh lahir yang aku janji nak post tu kan...mesti korang x sabo nak tau ag kann....huhuhu....

  • tarikh lahir 8 & 23

dia merupakan seorang peramah dan mudah terasa. dengan kawan-kawan dia bersifat lembut dan bijaksana. namun begitu dia tersisih daripada rakan-rakannya sebab rasa rendah diri yang terlalu tebal dalam dirinya. dia perlukan suasana yang tenang tuk berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. kelemahan yang paling menonjol ialah rasa gugup dan slalu dihantui perasaan khuatir tapi dia adalah seorang yang penjimat. dalam soal cinta, dia seorang yang tabah dan sanggup berkorban..


  • tarikh lahir pada 10, 16 & 21

suke bekerja keras, memiliki nafsu yg tinggi dlm mencapai cita-citanya. dalam pergaulan sehari-hari, dia merupakan orang yang mudah tersinggung. namun begitu dia merupakan seorang yang tabah dan jujur dalam menghadapi persoalan. dia juga sangat setia pada cintanya. tapi harus diingat mereka ini adalah sangat cemburu orangnya. kalau baik, dia akan jadi sangat baik tetapi kalo jadi jahat maka dia adalah sejahat-jahat orang.

  • tarikh lahir pada 12 & 19

mereka ni memilki sifat yang suka dipuji. dia berharap agar sume orang menganggapnya sebagai juara. pada dasarnya mereka ni suka berdandan dan berpakaian rapi. kerana itu dia sanggup berhabisan untuk memenuhi kehendaknya. dalam pergaulan seharian, mereka ni merupakan pasangan yang disegani kereana bakat kepimpinannya. dalam soal cinta, mereka merupakan pasangan yang sukar dipercayai.

  • tarikh pada 15, 20 & 26

jangan mengharapkan sifat romantis dari mereka. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius,bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya.Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

  • tarikh lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya....

seperti yang da dikatakan pada tulisan dahulu, kajian ni merupakan kajian yang dilakukan oleh dr. fadzillah kamsah. di mana kebenarannya, ia terletak pada diri kita sendiri...huhuhu....

Wednesday, January 14, 2009

thank you.....


especially tuk kema yang bersusah payah anto coklat kat aku mase besday dulu, thank you so much...walaupun kure-kure yang anto memang slow, tapi akhirnye dapat gak aku rase..huhu..dan untuk menghargai jase baik ko tu, i give u this cute bear la..hopefully u'll like it!!



rahsia tarikh lahir...

asalamualaikum....
haloooo...tuk coretan kali ni, aku nak kongsi kajian yang dilakukan oleh dr fadzillah kamsah tentang tarikh lahir..kajian ni dilakukan berdasarkan haribulan (1-31)dan ia merangkumi semua bulan....
  • tarikh lahir pada 1,9 dan 24.

pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam konservatif. namun dengan orang-orang tertentu, dia cepat mesra. tetapi pasangan yang lahir pada tarikh ini mudah perasan dan disebabkan ini juga ramai yang tidak menyukainya. namun begitu dia tetap dikagumi bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. dalam hal percintaan pula, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala kehendak pasangannya. tapi...hati-hati sebab kadang kala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi persahabatan yang telah terjalin lebih lama.

  • tarihk lahir pada 2, 11 dan 30

orang perasa dan mudah tersinggung. sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. ramai orang suka bergaul dengannya kerana perwatakannya yang lembut dan peramah. dia paling benci apabila cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum bertindak. oleh itu mesti ada yang mendorongnya agak tidak terus terjebak dengan sikapnya yang pesimisnya.

  • tarikh lahir pada 3, 18 dan 29.

sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. tapi janganlah mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. sifat jujur dan ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. tapi dalam soal cinta, dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

  • tarikh lahir pada 4 dan 13.

pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. dia sering tidak yakin pada dirinya sendiri. dalam soal cinta, dia tergolong dalam pasangan mata keranjang dan sering bertukar-tukar partner. sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. dia sering bersikap dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupa dan faktor penyebab timbulnya masalah. tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

  • tarikh lahir pada 5 dan 17.

yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecenderungan untuk berprestasi. namun begitu dia seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. tapi sayangnya dia sanggup memandang remeh pada orang lain. dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

  • tarikh lahir 6, 14 dan 27.

dia adalah pasangan yang tidak mahu kalah dan menyerah. kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. dalam soal cinta, dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. namun begitu harga dirinya sangat tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

  • tarikh lahir 7, 28 dan 31.

dia adalah seorang yang bersifat terbuka dan berterus terang. namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingn mencapai sesuatu dengan cara yang mudah. cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang, dia dengan mudah meninggalkannya..

emmm...cam ne..korang setuju ke dengan hasil kajian ni.rsenye ada yang betol kot.hehehe...emm ekceli de ag yang aku x masukkan. next time aku akan masukkan lagi tarikh-tarikh yang len k.

petua senyumann....




hai...hai..hai...
kali ni aku nak syer something pasal petua orang dulu-dulu...mungkin ada yang betul dan mungkin jugak itu hanya satu kebetulan. terserah kepada individu tu sendiri tuk percaye atau tak. setiap orang punya cara senyuman yang tersendiri. ada yang suke tersenyum lebar, control ayu dan banyak laa... sebenarnya setiap senyuman tu ada seribu rahsia antaranye....
  • orang yang suke tersenyum lebar dikatakan seorang yang suka berterus terang dan bercakap jujur
  • orang yang tersenyum degan bibir yang tertutp pulak dikatakan seorang yang kuat menyimpan rahsia dirinya. orang jenis ni memerlukan mase yang lama untuk mempercayai orang lain.
  • jenis orang yang tersenyum dengan bibir separuh terbuka plak dikatakan memiliki sikap yang baik. dia juga merupakan seorang yang gemar bersosial tapi tahu batasannya.
  • manakala orang yang suka tersenyum dengan hanya sebelah bibirnya terjugkit ke atas dikatakan mampu menarik perhatian orang lain.huhu...dan katanye lagi senyuman mereka-mereka ni mengandungi rahsia di sebaliknya...
so, senyuman anda tergolong dalam kelompok yang mane satu...emmm x kisahlah jenis pe pun senyuman kite ni. yang penting kite ikhlas...kerana senyuman itu satu sedekah..wassalam.....






Tuesday, January 13, 2009

aaaaaggghhhhh....tensennye.....

tesis..tesis...tesis...
kat pale aku skrg asyik mikir tesis je..nak makan, mandi, tidur sume tesis je yang berlegar-legar kat ruang mate aku ni. sampai termimpi-mimpi aku diwatnye..tensen2....ni yang rase nak balik kampung je ni.huhuu...hai...
alangkah seronoknye berada di rumah...

testing....testing....


asalamualaikum...



hai..hai...hai...ekceli hari ni la 1st time aku create blog aku sendiri. punye la ketinggalan zaman aku ni. huhu...tp x pe masih de kesempatan lagi untuk aku terokai 'dunia' blog ni. tp rupe-rupenye sonok gak blog ni. hehehe...emm yang ngah dok bersimpuh kat sebelah ni la aku. comel x. (hahaaha... perasan la plak). emm sebenarnye da x tau nak tulis pe ag da ni. untuk kengkawan sume silalah beri pandangan dan tunjuk ajar kat aku sebab aku rase bayak ag yang aku x tau pasal blog ni. k c u next time.....


buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan