Thursday, January 15, 2009

rahsia tarikh lahir 2

hai...hai...

berikut ni la sambungan rahsia tarikh lahir yang aku janji nak post tu kan...mesti korang x sabo nak tau ag kann....huhuhu....

  • tarikh lahir 8 & 23

dia merupakan seorang peramah dan mudah terasa. dengan kawan-kawan dia bersifat lembut dan bijaksana. namun begitu dia tersisih daripada rakan-rakannya sebab rasa rendah diri yang terlalu tebal dalam dirinya. dia perlukan suasana yang tenang tuk berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. kelemahan yang paling menonjol ialah rasa gugup dan slalu dihantui perasaan khuatir tapi dia adalah seorang yang penjimat. dalam soal cinta, dia seorang yang tabah dan sanggup berkorban..


  • tarikh lahir pada 10, 16 & 21

suke bekerja keras, memiliki nafsu yg tinggi dlm mencapai cita-citanya. dalam pergaulan sehari-hari, dia merupakan orang yang mudah tersinggung. namun begitu dia merupakan seorang yang tabah dan jujur dalam menghadapi persoalan. dia juga sangat setia pada cintanya. tapi harus diingat mereka ini adalah sangat cemburu orangnya. kalau baik, dia akan jadi sangat baik tetapi kalo jadi jahat maka dia adalah sejahat-jahat orang.

  • tarikh lahir pada 12 & 19

mereka ni memilki sifat yang suka dipuji. dia berharap agar sume orang menganggapnya sebagai juara. pada dasarnya mereka ni suka berdandan dan berpakaian rapi. kerana itu dia sanggup berhabisan untuk memenuhi kehendaknya. dalam pergaulan seharian, mereka ni merupakan pasangan yang disegani kereana bakat kepimpinannya. dalam soal cinta, mereka merupakan pasangan yang sukar dipercayai.

  • tarikh pada 15, 20 & 26

jangan mengharapkan sifat romantis dari mereka. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius,bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya.Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

  • tarikh lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya....

seperti yang da dikatakan pada tulisan dahulu, kajian ni merupakan kajian yang dilakukan oleh dr. fadzillah kamsah. di mana kebenarannya, ia terletak pada diri kita sendiri...huhuhu....

No comments:

Post a Comment