Wednesday, January 14, 2009

rahsia tarikh lahir...

asalamualaikum....
haloooo...tuk coretan kali ni, aku nak kongsi kajian yang dilakukan oleh dr fadzillah kamsah tentang tarikh lahir..kajian ni dilakukan berdasarkan haribulan (1-31)dan ia merangkumi semua bulan....
  • tarikh lahir pada 1,9 dan 24.

pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam konservatif. namun dengan orang-orang tertentu, dia cepat mesra. tetapi pasangan yang lahir pada tarikh ini mudah perasan dan disebabkan ini juga ramai yang tidak menyukainya. namun begitu dia tetap dikagumi bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. dalam hal percintaan pula, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala kehendak pasangannya. tapi...hati-hati sebab kadang kala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi persahabatan yang telah terjalin lebih lama.

  • tarihk lahir pada 2, 11 dan 30

orang perasa dan mudah tersinggung. sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. ramai orang suka bergaul dengannya kerana perwatakannya yang lembut dan peramah. dia paling benci apabila cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum bertindak. oleh itu mesti ada yang mendorongnya agak tidak terus terjebak dengan sikapnya yang pesimisnya.

  • tarikh lahir pada 3, 18 dan 29.

sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. tapi janganlah mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. sifat jujur dan ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. tapi dalam soal cinta, dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

  • tarikh lahir pada 4 dan 13.

pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. dia sering tidak yakin pada dirinya sendiri. dalam soal cinta, dia tergolong dalam pasangan mata keranjang dan sering bertukar-tukar partner. sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. dia sering bersikap dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupa dan faktor penyebab timbulnya masalah. tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

  • tarikh lahir pada 5 dan 17.

yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecenderungan untuk berprestasi. namun begitu dia seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. tapi sayangnya dia sanggup memandang remeh pada orang lain. dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

  • tarikh lahir 6, 14 dan 27.

dia adalah pasangan yang tidak mahu kalah dan menyerah. kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. dalam soal cinta, dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. namun begitu harga dirinya sangat tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

  • tarikh lahir 7, 28 dan 31.

dia adalah seorang yang bersifat terbuka dan berterus terang. namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingn mencapai sesuatu dengan cara yang mudah. cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang, dia dengan mudah meninggalkannya..

emmm...cam ne..korang setuju ke dengan hasil kajian ni.rsenye ada yang betol kot.hehehe...emm ekceli de ag yang aku x masukkan. next time aku akan masukkan lagi tarikh-tarikh yang len k.

1 comment:

  1. aik??? apsal den punye 8hb takde???

    ni konspirasi ke atau kes aniaya???

    huhuhu...ku tak rela!

    ReplyDelete