Tuesday, May 5, 2009

hari terakhirku di ukm...

asalamualaikum sume..hmmm sdhnye arini..huhu..ni la ari terakhir aku kat sn...hr ni aku wat sume bende srg...g pusat srg2,,mkn sorang2...sume sume la...t aku syok sbb aku dapat lyn feel srg2..hehe..td bru hbs exam...aku memule syok da nk blk..tp bile kluar dewan je aku da mule rse rndu.......rndu sgt2 kngn kat sn...ish ni yg rse x nak blk ni...buat kwn2 sume aku nak mntk maap zhr batin kalo selame ni aku de sktkan hti korang ke or pepe je la...hopefully kite akan jmpe ag pas ni n hrp2 still contact walau kat ne pon korang berada..hehee..kepada sesiape yg da bertemu jodoh..kabo2kan la kat aku ye..n kalo wat reunion jgn lupe aku taw...huhu..pas ni kat kg da ssh skit la nk ipdate blog..tp aku akan ushekan laa.insyaAllah.. k see yaa...asalamualaikum wbt

Sunday, May 3, 2009

apa sebenarnya erti cinta???


asalamualaikum..hi sume..emm ntah la x tau asal tibe2 je cinta lak jadi tajuk post kali ni. waktu ngah search kat tenet td dpt plak skit psl cinte ni....apa sebenarnye cinta tu..semestinye sgt abstrak tuk dihuraikan kan..so definisi kat bawah ni adalah merujuk kpd apa itu cinta..jom kite teliti satu persatu..

Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.



Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.


Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.



Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu, hanya untuk mengetahui baahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.


Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.



Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.


Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.


Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.



Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.


Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!
Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.



Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.


Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya. Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.


Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.


hakikatnya cinta yang sebenar-benarnya adalah menyintai Yang Maha Esa. cinta itulah yang kekal subur dan mendamaikan hati kita untuk selamanya...

Saturday, May 2, 2009

Waktu mustajab berdoa

BERDOA adalah otak ibadat. Begitulah besarnya kedudukan doa. Lagi banyak kita minta, lagi disayangi Allah dan ia berbeza dengan manusia, lagi banyak kita minta, lagi banyak kita dimarahi, malah dimaki lagi, “tak ada kerja ke asyik minta saja.”Doa adalah lambang perhambaan kita dan kita dicipta supaya menjadi hamba-Nya. Berdoa, doa juga, tetapi supaya mudah diterima, kita patut meneliti dan tahu waktu yang sangat mustajab berdoa antaranya:

- Waktu sepertiga malam, iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka (para muttaqin) sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzariyat: 18-19)Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah, iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
- Waktu antara azan dan iqamah, iaitu ketika menunggu solat berjemaah. Sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan sesetengah umat Islam yang kurang mengerti sunnah, sehingga diisi dengan hal tidak baik dan tidak dianjurkan Islam, membicarakan urusan dunia yang tidak bernilai ibadat.
- Pada waktu sujud. Iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi. Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Hadis riwayat Muslim)Hadis Ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w membuka tabir (ketika baginda sakit), sementara orang ramai sedang berbaris (solat) di belakang Abu Bakar r.a, lalu Rasulullah s.a.w bersabda:“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada lagi daripada mubasysyirat nubuwwah (kabar gembira kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang Muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca al-Quran ketika rukuk atau ketika sujud. Adapun di dalam rukuk, agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, bersungguhlah berdoa, sebab (hal itu) segera dikabulkan bagi kamu.” (Hadis riwayat Muslim)
- Selepas solat fardu. Iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu, termasuk selepas solat Jumaat. Allah berfirman, maksudnya:“Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selesai solat.” (Qaaf: 40)Oleh kerana itu, Imam Syafie dan pengikutnya menjelaskan, dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang yang solat sendirian memperbanyakkan zikir, wirid dan doa selepas selesai solat fardu. Dianjurkan membaca doa dengan perlahan kecuali jika makmum belum mengerti, imam boleh menguatkan bacaan agar makmum menirunya. Apabila mereka mengerti, kembalilah secara perlahan.
- Pada waktu khusus, tetapi tidak diketahui dengan pasti batasannya, iaitu satu detik pada setiap malam dan setiap hari Jumaat. Ini berdasarkan hadis Jabir r.a, dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang Muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim).Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah menyebut hari Jumaat, baginda bersabda:“Di dalamnya ada satu saat (yang mustajab), tidaklah seorang hamba Muslim yang kebetulan waktu itu sedang mendirikan solat (atau menunggu solat) dan memohon kepada Allah sesuatu (hajat) melainkan Allah pasti mengabulkan permohonannya.” Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu. (Hadis riwayat al-Bukhari) Di dalam hadis Muslim dan Abu Daud dijelaskan: “Iaitu waktu antara duduknya imam (khatib) sehingga selesainya solat (Jumaat).” Inilah riwayat yang paling sahih dalam hal ini. Sementara dalam hadis Abu Daud yang lain, Nabi s.a.w memerintahkan agar kita mencarinya di akhir waktu Asar.Waktu lain yang mustajab ialah sepertiga akhir malam, ketika hujan turun, waktu awal pagi ketika dengar ayam berkokok, ketika berpuasa, ketika bermusafir, bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan.
tazkirah remaja oleh Mohd Zawawi Yusoh
Harian Metro 3 mei 2009

manfaat membaca...

SATU ketika Syeikh Abdul Kadir Jailani mendengar suatu suara mengaku sebagai Tuhan serta menyatakan beliau mencapai taraf kedudukan yang tinggi di sisi Tuhannya.“Wahai Abdul Kadir, aku adalah Tuhanmu. Engkau sudah mencapai darjat kekasihku. Mulai hari ini, aku halalkan bagimu apa yang aku haramkan atas hamba-hambaku.”

Mendengar seruan itu, tahulah Syeikh Abdul Kadir yang ia adalah suara syaitan cuba memperdayakannya. “Celakalah kau syaitan! Sesungguhnya Tuhanku tidak akan menghalalkan apa yang sudah diharamkan-Nya.”Syaitan tidak berputus asa, lalu ia berkata lagi: “Sudah ramai wali Allah yang berjaya aku sesatkan dengan helahku, tetapi engkau sudah selamat dari tipuanku kerana ilmumu tinggi.”Balas Syeikh Abdul Kadir: “Celakalah engkau, bukan ilmuku yang menyelamatkan aku dari sebarang tipu dayamu, tetapi rahmat Allah jualah yang dapat menyelamatkan aku.”
Demikianlah secebis kisah orang berilmu, tidak sedikitpun terpedaya dengan umpanan syaitan. Berbeza dengan orang jahil yang mudah tewas dengan pujuk rayu makhluk terkutuk itu. Wujud perbezaan ketara di antara orang berilmu dan jahil. Orang berilmu lebih mulia peribadi dan kedudukannya, bahkan dalam ibadat tinggi kualitinya, manakala kehidupannya pula lebih berhati-berhati, tetapi tidak pada orang jahil. Ini sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah, ayat 9 surah az-Zumar, antara lain bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?
Setiap orang memiliki potensi untuk meraih ilmu dan mengembangkannya dengan izin Allah. Oleh itu, kita diperintahkan untuk menempuh jalan melalui pelbagai cara untuk memperolehnya khususnya dengan membaca. Membaca juga perintah pertama yang disampaikan malaikat Jibril kepada Rasulullah.“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Tuhanmu adalah Maha Mulia, yang mengajarkan manusia menulis dengan pena. Mengajarkan manusia apa saja yang tidak diketahui.” (al-Alaq: 1-5)
Menurut Dr Gamal Zakaria dalam bukunya berjudul Jalan Menuju Kedamaian, membaca adalah perintah yang paling penting dan paling bermakna ditujukan kepada seluruh umat manusia. “Kenapa perintah pertama mesti membaca? Betapa pentingnya membaca, Allah s.w.t menurunkan perintah terbabit pada wahyu pertama dengan mengulangi kalimah iqra’ sebanyak dua kali,” katanya. Beliau berkata, pada ayat terbabit, Allah s.w.t menjanjikan kepada sesiapa yang membaca kerana Allah akan dikurniakan kepadanya anugerah ilmu, pemahaman dan wawasan baru, walaupun objeknya sama.“Janji Allah dapat dibuktikan dengan sangat jelas dan pasti, ketika kita membaca ayat al-Quran. “Semakin banyak dan berulang kali kita membacanya, akan muncul penafsiran baru, pengembangan pendapat terdahulu dan keajaiban walaupun membaca ayat yang sama. “Begitu juga halnya ketika ahli pengkaji membaca alam jagat raya melalui fenomena dan kejadiannya, akan lahirlah penemuan dan teori baru,” katanya.
Kita mendapati orang yang berilmu tabiatnya suka membaca. Membaca membekalkan ilmu dan keperluan utama untuk membangunkan sebuah peradaban dan bangsa yang maju.Dr Gamal berkata, semakin mantap dan bermutu bacaan sesuatu bangsa, semakin tinggi peradabannya. “Hal ini dibuktikan oleh bangsa yang maju dan memiliki peradaban yang tinggi. Mereka adalah bangsa yang rajin membaca buku berkualiti dan menjadikan budaya membaca sebahagian daripada keperluan hidup mereka. “Bertitik tolak daripada budaya membaca ini lahir karya agung dalam berbagai-bagai bidang. “Namun ironinya, masyarakat kita pada hari ini adalah masyarakat yang malas membaca termasuk warga kampus.“Pensyarah dan mahasiswa jarang mengunjungi perpustakaan sehingga masih banyak buku yang belum terjamah.
“Masyarakat kita gemar membaca bahan yang bercorak hiburan, sukan dan hobi berbanding buku ilmiah,” katanya. Bahkan tidak mustahil juga dengan tabiat malas membaca, menyebabkan semakin ramai orang yang jahil lagi bodoh, sehingga orang ini mengambil tempat dalam masyarakat dan negara, mengakibatkan semuanya punah. Maksud sabda Nabi s.a.w berikut wajar direnungi: “Allah tidak menarik kembali pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang yang berilmu. Apabila orang berpengetahuan sudah punah, masyarakat mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin dan tempat bertanya. Orang ini akan berfatwa tanpa ilmu, mereka itu sesat dan menyesatkan.”

Muda bukan hanya sekali

DETIK paling manis dalam kehidupan ialah zaman remaja. Semuanya indah dan berseri, malah badan kuat, kulit tegang, minda pun cerdas, sentiasa ceria tanpa bebanan membuatkan hati girang.Oleh kerana itu, remaja menjadi harapan bangsa, negara dan agama, malah 1,001 harapan digalas di atas bahu remaja.

Tidak hairanlah semua ideologi mensasarkan remaja sebagai penerus kesinambungan perjuangan. Malah untuk merosakkan satu-satu bangsa selalunya diawali dengan merosakkan remaja.Al-Quran ada menceritakan banyak teladan remaja. Cerita remaja ashabul kahfi memang patut dicontohi. Ketika manusia seluruhnya hanyut dalam sandiwara leka dunia mereka teguh lari menyelamatkan iman.Malah, menurut riwayat, ada kalangan yang beranting-anting dan berambut panjang tetapi mereka tidak hanyut dalam kelekaan kerana ada roh agama.Begitu juga Saidina Ali, dalam usia sembilan tahun berani menjadi galang ganti Rasulullah tidur di katil nabi laksana menggadai nyawa pada malam hijrah nabi.
Ramai remaja tertipu hidup berfoya-foya, ke hulu ke hilir tak tentu arah, asyik hendak berseronok saja, sehingga kadang-kadang terjebak dalam pelbagai skandal yang akhirnya merenggut kenikmatan remaja.Antara sebab sesetengah remaja sanggup melakukan apa saja asalkan seronok kerana mereka berpendapat remaja hanya sekali saja, jadi bersukarialah sepuas-puasnya. Pada mereka peluang hanya sekali. Bila tua terlepas segalanya. Inilah bisikan syaitan penuh racun yang menghancurkan remaja sepanjang zaman.Remaja bukan sekali. Remaja sebenarnya dua kali, iaitu sekali di dunia dan lagi sekali di akhirat iaitu di syurga.Mereka yang masuk syurga menurut satu hadis nabi ialah yang berumur lingkungan 30 tahun iaitu umur Nabi Isa.Kenapa kita mudah tertipu dengan slogan iblis yang penuh racun itu? Slogan itu hanya mengajak dan meramaikan penghuni neraka.Ini berpunca daripada salah tafsir mengenai keseronokan. Bila kita lihat kawan kita terbabit dalam lumba haram kita berasa mereka sangat seronok.Justeru, tanpa berfikir panjang kita pun kepingin menurut mereka, kononnya seronok dan akhir sekali itu sajalah kita seronok. Selepas itu merana sepanjang hidup.
Remaja melihat pula mereka yang hidup bebas tanpa pegangan agama 'free love' membawa kepada 'free sex' terasa seronok, lalu terus mengidam. Tetapi rupanya sekali itu sajalah seronok dan selepas itu merana dengan anak luar nikah serta pelbagai penyakit dan risiko.Begitu juga dengan dadah dan segala pil khayal, berasa seronok konon melihat remaja lain mabuk dalam lautan khayalan, terus mencontohi mereka malah menjadi pelanggan dan penagih utama.Keseronokan yang diharap rupanya kemudaratan yang berpanjangan melilit kehidupan.
Demikianlah silap tanggap mengenai ketenangan dan keseronokan. Betul sungguhlah ajakan syaitan, muda hanya sekali bererti mereka hanya muda di dunia saja dan tidak dapat menikmati muda kali kedua di akhirat iaitu muda di syurga.Kenapakah ramai remaja tidak melihat sekumpulan remaja lain yang bukan saja berjaya dalam hidup tetapi juga tenang pada wajah dan watak mereka.Selepas bekerja dengan tekun golongan ini bergegas ke tempat solat selepas terdengar azan Zuhur, membasuhi wajah dengan air wuduk kemudian dahi cecah ke sejadah dan berzikir berdoa tak lekang di bibir.Kemudian, selesai mengerjakan solat mereka menyambung kerja dengan tekun dan tenang. Apabila datang waktu Asar lagi sekali menghadap Allah, mengulangi lagi kemanisan beribadat. Dengan itu, wajah menjadi berseri dan badan pun sihat. Sementara yang berumah tangga kehidupan rumah tangganya bahagia dan yang bekerja kadangkala menjadi ikutan kepada rakan yang lain di tempat kerja.Bagi golongan terbabit, pelbagai majlis ilmu menjadi tumpuan sebagai santapan rohani dan minda. Mereka juga berhibur dalam batasan agama dan norma ketimuran yang penuh adap sopan. Pendek kata mereka inilah yang mungkin mendapat muda dua kali, iaitu sekali ketika di dunia dan kerana menjaga nikmat remaja di dunia mereka mendapat kali kedua remaja di syurga yang kekal abadi.
tazkirah remaja bersama Mohd Zawawi Yusoh
harian metro 3 mei 2009

tiga tahap hati...

SOAL hati, Imam al-Ghazali ada membuat perincian dengan tiga pembahagian mengikut tahap ketetapan dan kemantapan, kebaikan dan kejahatan atau peralihan kepada satu daripadanya, iaitu:
1- Hati yang dibangunkan dengan binaan takwa, dibersihkan daripada akhlak yang keji dan tercela, lalu terisilah di dalam hati ini lintasan dan saranan kebaikan daripada khazanah alam ghaib atau simpanan alam malaikat.

Dengan daya penglihatan terbukalah kepada daya akal mengenai sudut kebaikannya, lalu memutuskan ia adalah suatu mesti dilakukan. Begitulah daya akal (syarie) ini menggalak, mendorong dan menyerunya supaya melakukannya. Malaikat akan meninjau ke dalam hati ini, didapatinya baik dan subur, bersih dengan sifat ketakwaan dan bersinar dengan cahaya ilmu. Malaikat mendapati hati ini layak untuk tempat penurunan. Ketika itu, hati dibantu dengan tentera yang tidak dapat dilihat oleh mata dan sentiasa ditunjuk ke arah kebaikan dan sentiasa tertarik dari satu kepada kebaikan yang berterusan dan saling bersambungan. Bantuan ini tidak terputus sama ada dalam bentuk saranan, galakan dan dorongan kepada kebaikan atau dirintiskan kepadanya laluan, lorong atau jalan kemudahan dan kelapangan. Allah mengisyaratkan dalam surah al-Lail, maksudnya: "Apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa. Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)." (al-Lail:5-7)Hati sedemikian adalah hati yang pelitanya menyinarkan cahaya dari 'misykat rububiyah' sehingga tidak ada suatu terlindung padanya dan tidak terpengaruh oleh tipu daya syaitan, bahkan tidak akan mempedulikannya.Selepas bersih daripada sifat tercela membinasakan, hati ini segera terhias indah dengan sifat terpuji yang menyelamatkan seperti syukur, sabar, takut dan pengharapan, zuhud, mahabbah, reda, rindu, tawakal, tafakkur dan muhasabah. Hati inilah diterima dan dihadapkan Allah ke atasnya iaitu hati muthmainnah yang dimaksudkan oleh firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." (ar-Ra'd)
2- Hati yang kecewa dan terbuang, dipenuhi hawa nafsu, dikotori dengan akhlak buruk dan tercela, terdedah dan terbuka luas kepada pintu syaitan dan tertutup dari pintu malaikat.
Punca kejahatannya ialah bermula daripada lintasan hawa nafsu ke dalam hati dan membisikkan dengan kejahatan, lalu hati merujuk kepada hakim akal untuk mendapatkan nasihatnya. Tetapi akal sudah biasa menjadi khadam yang sentiasa patuh kepada hawa nafsu, sentiasa mencari helah dan tipu muslihat bagi membantu hawa nafsu, sehingga akal dikuasai nafsu, lalu hati menerima setiap kemahuan hawa nafsu yang menjadikan kekotoran semakin tebal, karat dan kegelapannya kerana semakin lemah daya akal dari mengawal dan mempertahankan.Ketika itu, syaitan mengambil peranan untuk memperkuatkan penguasaan hawa nafsu ke atas hati melalui tugasnya.Dengan sebab itu, semakin lemahlah daya imannya dengan janji Allah yang baik dan jahat, semakin malap cahaya keyakinannya kepada hakikat hidup akhirat, kerana asap debu gelap daripada hawa nafsu menutupi hati sehingga menutup sinar cahayanya.Sementara akal sudah menjadi seperti mata yang terkena asap, tidak mampu lagi untuk melihat dengan baik.Demikianlah kesan penguasaan keinginan hawa nafsu kepada hati, sehingga hati tidak lagi berdaya untuk menggunakan fikiran dan membuat pertimbangan.Jika cuba disedarkan oleh seorang yang ikhlas atau diterangkan jalan yang benar, ia sudah menjadi buta dan tuli. Yang bergelora adalah keinginan hawa nafsunya, lalu lahirlah pelbagai maksiat.Hati yang demikian diisyaratkan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Adakah engkau nampakkah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi." (al-Furqaan: 43-44)
3- Hati yang didatangi lintasan hawa nafsu dan membisikkan perlakuan kejahatan tetapi segera dipintas lintasan iman dan mengajaknya supaya melakukan kebaikan.
Ketika itu dengan keinginannya cuba menolong lintasan kejahatan sehingga semakin kuat tarikan hawa nafsu. Oleh itu, akal segera menyedarkan kepada kebaikan dan mempertahankan diri daripada serangan hawa nafsu serta menjelaskan sudut keburukannya sehingga diri nafsu itu cenderung kepada nasihat akalnya.Tetapi syaitan tidak melepaskan peluang untuk memberikan bantuan terakhir menentang akal, sehingga lintasan dan saranan hawa menjadi semakin kuat.Demikian hati menjadi rebutan berterusan antara dua daya tarikan iaitu tarikan hawa nafsu dengan bantuan syaitan serta tarikan akal dan ketakwaan dengan bantuan malaikat.Sekiranya sifat yang ada pada hati lebih kepada sifat bahimiyah, sabu'iyah dan syaitaniyah, hati akan dikuasai syaitan, malah cenderung kepada golongan dan puak syaitan yang akan melahirkan pelbagai bentuk maksiat.Tetapi jika yang ada pada hati itu lebih kepada sifat malaikat, hati tidak akan mendengar rayuan syaitan, bahkan tidak terpengaruh kepada janji syaitan, sebaliknya akan cenderung kepada golongan Allah dan dengan itu akan lahirlah pelbagai ketaatan.
dipetik daripada harian metro (3 mei 2009)

tesisku....







hye kawan2....alhandulillah..tesis aku da siap spnhnye..da siap jilid pon..sungguh x sangke akhirnya aku dapat menyiapkan 1 kajian..huhu...da leh jd ahli sarjana maulana dah ni...dekat 2 sem gak wat tesis ni..bpe kali kene reject..anto reject..anto reject...tp x pe la tu kan lumrahkan.kalo x kene reject tu mmg x sah la..agpon dr stu la kite leh tau thp kite sme de baik, sederhana atau rendah...so far aku rse aku ni sdrhne je...tp walau pe pon aku da cube wat yg paaaling bek da tau..prof pon banyak sokong n tnjk mne yg x btol n kureng sdp ayat2 yang aku wat..huhu..aku bersyukur sgt dapat wat bwh prof shima..dan sebenarnye mmg tu la impian aku pon..tp aku x nafikan wat nga prof agak ssh skit tp prof sgt memahami..n prof sng diwat berbincang n beri tunjuk ajar ofkos la kan...mmg jase2 prof tu x dpt la kau nak membalasnye...n aku hrp gak prof leh bg gred yg bek tuk aku. Aminnn.... =)




haa ni la hasil kerja aku setelah 2 sem mengadap benda alah ni..huhu..let me give u some abstract of this research...(hehe saje test power..ahaks)..kajian aku ni berkaitan dengan tahap pengusaan bahasa Melayu daalam kalangan pelajar Melayu..aspek yg aku tgk ialah morfologi dan sintaksis..n kat bwh ni adalah abstrak bg kajian aku k...


Tahap penguasaan bahasa Melayu khususnya dalam kalangan pelajar Melayu sendiri dilihat masih berada dalam tahap yang rendah. Pewartaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tidak memberi kelebihan kepada pelajar Melayu sebagai penutur natif bahasa berkenaan. Gejala ini dilihat semakin membimbangkan apabila keputusan mata pelajaran bahasa Melayu dalam peperiksaan umum di negara ini seperti SPM menunjukkan penurunan tahun demi tahun. Hal ini amat membimbangkan kerana didapati pelajar Melayu yang banyak melakukan kesilapan. Pengkaji mendapati terdapatnya kekeliruan kepada pelajar Melayu terhadap bahasa yang dipelajari di sekolah dengan bahasa yang digunakan di rumah. Atas dasar itu kajian ini dilakukan untuk melihat dan menganalisis tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu. Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah yang terletak di bandar Alor Setar dengan melibatkan seramai 30 orang pelajar Melayu tingkatan empat. Para pelajar diminta menjawab soalan karangan bergambar yang bertajuk “aktiviti masa lapang”. Kemudian proses penandaan akan dilakukan mengikut kelaziman yang diguna pakai di sekolah-sekolah iaitu dengan menggunakan Tatabahasa Dewan sebagai pegangan utama. Kemudian pendekatan nahu praktis akan dilaksanakan dalam kajian ini untuk melihat perbezaan yang terdapat di antara Tatabahsa Dewan dan juga Nahu Praktis. Dua pola yang dikaji ialah kesalahan dalam aspek morfologi dan juga kesalahan dalam aspek sintaksis. Setiap kesalahan yang didapati mengikut tatabahasa pegangan akan dihuraikan dengan lebih terperinci dengan menggunakan pendekatan nahu praktis yang bersifat deskriptif. Data korpus pula akan dijana untuk mensahihkan lagi penggunaan bahasa yang sebenar dalam kehidupan seharian.

study group '09

asalamualaikum sume...hi...hi..hi...emm lame rsenye x update blog..huhu..seminggu dua minggu lepas aku sibuk setelkan tesis..n alhamdulillah aku dpt gak siapkan ngan gayenye(ish poyonye ayat ni..huhu..) tp tu la kan sape kate kite x leh wat....sape kate ssh...bile da siap ni rse cam x caye pon ade...emm xpe2 next post aku cite ag psl tesis aku k..

emmm ekceli kali ni aku nak syer pasal study group aku..da last sem bru la ditubuhkan..asalnye aku mls gak nak join.sbb jns aku ni lbh ske stadi kat blk srg2...tmpt yg syp je..tp rumate da plawe so trmie je la.lgpon ni last year so de ksmptn ni blh la aku gnekan tuk study ngan kwn2...kdg2 mmg x dinafikan studi group ni sgt membantu..ye la mne dan nk study sume bab..tp yg x bestnye bile study group tu diwat tanpa persediaan..time tu bru nk cr bce n cri point..tu mmg aku x bpe gmar la...tp tu hak msg2 la kan..


group ni ditubuhkan atas idea faiz sebenarnye..pas tu die pas kat cekti..n cekti plak pass kat aku n miji..so tersebarlah ia..n akhirnye sumenye de 7 org..aku, cekti, faiz, kira, miji,eda n mira..port kitorg bese kat blk perbincangan ptsl aras 3..mule2 cam slow gak tp last2 jd best sgt...n lg best bile pe yg dibncgkan kluar sejibik2 ngan sklan exam...huhu..1st skali bincang pasal komputer..n smggu kemudian kitorg bncg pal dialek plak..mase bncg dialek ni sume blur2 je..ye la byk tu kene hfl..konsep2 pntg sume kene tau..so kitorang decide hafal sume konsep yg de..hmm..mcm2 hal jd...tp mmg syok la.n td adlah persidanagn terakhir yg kitorg wat.kali ni pasal stilistik plak.huhu.jenuh gak nak phmkan metafora...tp akhirnye blh gak...emm blh dikatekan group kitorg ni berjaye gak la..InsyaAllah...thanks byk2 kat faiz sbb bg idea wat kmpln ni..dr sini la aku dpt tgk cre org study n cre pmikiran yg berbeza ngan cre aku..at least aku leh cr kelainan n applied pe yg diorang gunekan..kpd sume ahli-ahli dewan, persidangan kite da berakhir tadi..sedey2..huhu..thanks sume sbb sudi kongsi idea n cdgn yg bek tuk final exam kali ni.smge kite same2 berjaya k.. Aminn...



ni kat ptsl mse bncg dialek.




cehh..khusyuk sungguh.....




ni kat KDO smbg bncg pas mkn..huhu



time ni faiz blanje air...hehe...