Saturday, May 2, 2009

tiga tahap hati...

SOAL hati, Imam al-Ghazali ada membuat perincian dengan tiga pembahagian mengikut tahap ketetapan dan kemantapan, kebaikan dan kejahatan atau peralihan kepada satu daripadanya, iaitu:
1- Hati yang dibangunkan dengan binaan takwa, dibersihkan daripada akhlak yang keji dan tercela, lalu terisilah di dalam hati ini lintasan dan saranan kebaikan daripada khazanah alam ghaib atau simpanan alam malaikat.

Dengan daya penglihatan terbukalah kepada daya akal mengenai sudut kebaikannya, lalu memutuskan ia adalah suatu mesti dilakukan. Begitulah daya akal (syarie) ini menggalak, mendorong dan menyerunya supaya melakukannya. Malaikat akan meninjau ke dalam hati ini, didapatinya baik dan subur, bersih dengan sifat ketakwaan dan bersinar dengan cahaya ilmu. Malaikat mendapati hati ini layak untuk tempat penurunan. Ketika itu, hati dibantu dengan tentera yang tidak dapat dilihat oleh mata dan sentiasa ditunjuk ke arah kebaikan dan sentiasa tertarik dari satu kepada kebaikan yang berterusan dan saling bersambungan. Bantuan ini tidak terputus sama ada dalam bentuk saranan, galakan dan dorongan kepada kebaikan atau dirintiskan kepadanya laluan, lorong atau jalan kemudahan dan kelapangan. Allah mengisyaratkan dalam surah al-Lail, maksudnya: "Apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa. Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)." (al-Lail:5-7)Hati sedemikian adalah hati yang pelitanya menyinarkan cahaya dari 'misykat rububiyah' sehingga tidak ada suatu terlindung padanya dan tidak terpengaruh oleh tipu daya syaitan, bahkan tidak akan mempedulikannya.Selepas bersih daripada sifat tercela membinasakan, hati ini segera terhias indah dengan sifat terpuji yang menyelamatkan seperti syukur, sabar, takut dan pengharapan, zuhud, mahabbah, reda, rindu, tawakal, tafakkur dan muhasabah. Hati inilah diterima dan dihadapkan Allah ke atasnya iaitu hati muthmainnah yang dimaksudkan oleh firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." (ar-Ra'd)
2- Hati yang kecewa dan terbuang, dipenuhi hawa nafsu, dikotori dengan akhlak buruk dan tercela, terdedah dan terbuka luas kepada pintu syaitan dan tertutup dari pintu malaikat.
Punca kejahatannya ialah bermula daripada lintasan hawa nafsu ke dalam hati dan membisikkan dengan kejahatan, lalu hati merujuk kepada hakim akal untuk mendapatkan nasihatnya. Tetapi akal sudah biasa menjadi khadam yang sentiasa patuh kepada hawa nafsu, sentiasa mencari helah dan tipu muslihat bagi membantu hawa nafsu, sehingga akal dikuasai nafsu, lalu hati menerima setiap kemahuan hawa nafsu yang menjadikan kekotoran semakin tebal, karat dan kegelapannya kerana semakin lemah daya akal dari mengawal dan mempertahankan.Ketika itu, syaitan mengambil peranan untuk memperkuatkan penguasaan hawa nafsu ke atas hati melalui tugasnya.Dengan sebab itu, semakin lemahlah daya imannya dengan janji Allah yang baik dan jahat, semakin malap cahaya keyakinannya kepada hakikat hidup akhirat, kerana asap debu gelap daripada hawa nafsu menutupi hati sehingga menutup sinar cahayanya.Sementara akal sudah menjadi seperti mata yang terkena asap, tidak mampu lagi untuk melihat dengan baik.Demikianlah kesan penguasaan keinginan hawa nafsu kepada hati, sehingga hati tidak lagi berdaya untuk menggunakan fikiran dan membuat pertimbangan.Jika cuba disedarkan oleh seorang yang ikhlas atau diterangkan jalan yang benar, ia sudah menjadi buta dan tuli. Yang bergelora adalah keinginan hawa nafsunya, lalu lahirlah pelbagai maksiat.Hati yang demikian diisyaratkan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Adakah engkau nampakkah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi." (al-Furqaan: 43-44)
3- Hati yang didatangi lintasan hawa nafsu dan membisikkan perlakuan kejahatan tetapi segera dipintas lintasan iman dan mengajaknya supaya melakukan kebaikan.
Ketika itu dengan keinginannya cuba menolong lintasan kejahatan sehingga semakin kuat tarikan hawa nafsu. Oleh itu, akal segera menyedarkan kepada kebaikan dan mempertahankan diri daripada serangan hawa nafsu serta menjelaskan sudut keburukannya sehingga diri nafsu itu cenderung kepada nasihat akalnya.Tetapi syaitan tidak melepaskan peluang untuk memberikan bantuan terakhir menentang akal, sehingga lintasan dan saranan hawa menjadi semakin kuat.Demikian hati menjadi rebutan berterusan antara dua daya tarikan iaitu tarikan hawa nafsu dengan bantuan syaitan serta tarikan akal dan ketakwaan dengan bantuan malaikat.Sekiranya sifat yang ada pada hati lebih kepada sifat bahimiyah, sabu'iyah dan syaitaniyah, hati akan dikuasai syaitan, malah cenderung kepada golongan dan puak syaitan yang akan melahirkan pelbagai bentuk maksiat.Tetapi jika yang ada pada hati itu lebih kepada sifat malaikat, hati tidak akan mendengar rayuan syaitan, bahkan tidak terpengaruh kepada janji syaitan, sebaliknya akan cenderung kepada golongan Allah dan dengan itu akan lahirlah pelbagai ketaatan.
dipetik daripada harian metro (3 mei 2009)

tesisku....







hye kawan2....alhandulillah..tesis aku da siap spnhnye..da siap jilid pon..sungguh x sangke akhirnya aku dapat menyiapkan 1 kajian..huhu...da leh jd ahli sarjana maulana dah ni...dekat 2 sem gak wat tesis ni..bpe kali kene reject..anto reject..anto reject...tp x pe la tu kan lumrahkan.kalo x kene reject tu mmg x sah la..agpon dr stu la kite leh tau thp kite sme de baik, sederhana atau rendah...so far aku rse aku ni sdrhne je...tp walau pe pon aku da cube wat yg paaaling bek da tau..prof pon banyak sokong n tnjk mne yg x btol n kureng sdp ayat2 yang aku wat..huhu..aku bersyukur sgt dapat wat bwh prof shima..dan sebenarnye mmg tu la impian aku pon..tp aku x nafikan wat nga prof agak ssh skit tp prof sgt memahami..n prof sng diwat berbincang n beri tunjuk ajar ofkos la kan...mmg jase2 prof tu x dpt la kau nak membalasnye...n aku hrp gak prof leh bg gred yg bek tuk aku. Aminnn.... =)




haa ni la hasil kerja aku setelah 2 sem mengadap benda alah ni..huhu..let me give u some abstract of this research...(hehe saje test power..ahaks)..kajian aku ni berkaitan dengan tahap pengusaan bahasa Melayu daalam kalangan pelajar Melayu..aspek yg aku tgk ialah morfologi dan sintaksis..n kat bwh ni adalah abstrak bg kajian aku k...


Tahap penguasaan bahasa Melayu khususnya dalam kalangan pelajar Melayu sendiri dilihat masih berada dalam tahap yang rendah. Pewartaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tidak memberi kelebihan kepada pelajar Melayu sebagai penutur natif bahasa berkenaan. Gejala ini dilihat semakin membimbangkan apabila keputusan mata pelajaran bahasa Melayu dalam peperiksaan umum di negara ini seperti SPM menunjukkan penurunan tahun demi tahun. Hal ini amat membimbangkan kerana didapati pelajar Melayu yang banyak melakukan kesilapan. Pengkaji mendapati terdapatnya kekeliruan kepada pelajar Melayu terhadap bahasa yang dipelajari di sekolah dengan bahasa yang digunakan di rumah. Atas dasar itu kajian ini dilakukan untuk melihat dan menganalisis tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu. Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah yang terletak di bandar Alor Setar dengan melibatkan seramai 30 orang pelajar Melayu tingkatan empat. Para pelajar diminta menjawab soalan karangan bergambar yang bertajuk “aktiviti masa lapang”. Kemudian proses penandaan akan dilakukan mengikut kelaziman yang diguna pakai di sekolah-sekolah iaitu dengan menggunakan Tatabahasa Dewan sebagai pegangan utama. Kemudian pendekatan nahu praktis akan dilaksanakan dalam kajian ini untuk melihat perbezaan yang terdapat di antara Tatabahsa Dewan dan juga Nahu Praktis. Dua pola yang dikaji ialah kesalahan dalam aspek morfologi dan juga kesalahan dalam aspek sintaksis. Setiap kesalahan yang didapati mengikut tatabahasa pegangan akan dihuraikan dengan lebih terperinci dengan menggunakan pendekatan nahu praktis yang bersifat deskriptif. Data korpus pula akan dijana untuk mensahihkan lagi penggunaan bahasa yang sebenar dalam kehidupan seharian.

study group '09

asalamualaikum sume...hi...hi..hi...emm lame rsenye x update blog..huhu..seminggu dua minggu lepas aku sibuk setelkan tesis..n alhamdulillah aku dpt gak siapkan ngan gayenye(ish poyonye ayat ni..huhu..) tp tu la kan sape kate kite x leh wat....sape kate ssh...bile da siap ni rse cam x caye pon ade...emm xpe2 next post aku cite ag psl tesis aku k..

emmm ekceli kali ni aku nak syer pasal study group aku..da last sem bru la ditubuhkan..asalnye aku mls gak nak join.sbb jns aku ni lbh ske stadi kat blk srg2...tmpt yg syp je..tp rumate da plawe so trmie je la.lgpon ni last year so de ksmptn ni blh la aku gnekan tuk study ngan kwn2...kdg2 mmg x dinafikan studi group ni sgt membantu..ye la mne dan nk study sume bab..tp yg x bestnye bile study group tu diwat tanpa persediaan..time tu bru nk cr bce n cri point..tu mmg aku x bpe gmar la...tp tu hak msg2 la kan..


group ni ditubuhkan atas idea faiz sebenarnye..pas tu die pas kat cekti..n cekti plak pass kat aku n miji..so tersebarlah ia..n akhirnye sumenye de 7 org..aku, cekti, faiz, kira, miji,eda n mira..port kitorg bese kat blk perbincangan ptsl aras 3..mule2 cam slow gak tp last2 jd best sgt...n lg best bile pe yg dibncgkan kluar sejibik2 ngan sklan exam...huhu..1st skali bincang pasal komputer..n smggu kemudian kitorg bncg pal dialek plak..mase bncg dialek ni sume blur2 je..ye la byk tu kene hfl..konsep2 pntg sume kene tau..so kitorang decide hafal sume konsep yg de..hmm..mcm2 hal jd...tp mmg syok la.n td adlah persidanagn terakhir yg kitorg wat.kali ni pasal stilistik plak.huhu.jenuh gak nak phmkan metafora...tp akhirnye blh gak...emm blh dikatekan group kitorg ni berjaye gak la..InsyaAllah...thanks byk2 kat faiz sbb bg idea wat kmpln ni..dr sini la aku dpt tgk cre org study n cre pmikiran yg berbeza ngan cre aku..at least aku leh cr kelainan n applied pe yg diorang gunekan..kpd sume ahli-ahli dewan, persidangan kite da berakhir tadi..sedey2..huhu..thanks sume sbb sudi kongsi idea n cdgn yg bek tuk final exam kali ni.smge kite same2 berjaya k.. Aminn...



ni kat ptsl mse bncg dialek.




cehh..khusyuk sungguh.....




ni kat KDO smbg bncg pas mkn..huhu



time ni faiz blanje air...hehe...




Thursday, April 30, 2009

Penyakit jiwa binasakan batin, peribadi manusia

Hati perlu bersih daripada sifat mazmumah dengan hayati ajaran al-Quran
MANUSIA yang waras sering berdepan dengan pelbagai persoalan dalam kehidupan, sama ada ringan atau berat. Sesungguhnya keadaan itu sudah menjadi lumrah hidup seorang manusia. Masalah itu mungkin saja kerana banyak melakukan dosa, kezaliman, kehilangan sesuatu yang disayangi, ditimpa kerugian dalam perniagaan dan sebagainya. Akibatnya manusia mengalami gangguan jiwa seperti resah, gelisah, dukacita, putus asa, ketakutan, kemarahan, kebencian, suka termenung dan tidak lena tidur serta menyalahkan takdir Ilahi. Semua itu memberi kesan hidup tidak selesa dan jiwa tidak bahagia atau tenang. Ada sebilangan besar masyarakat meleraikan kekusutan jiwa tanpa pertimbangan akal sihat dan panduan agama. Contoh bersukaria, menikmati muzik, berkaraoke, menari, mengambil ubat penenang, mengambil dadah, minum arak bahkan ada yang sanggup membunuh diri. Ketenteraman yang diperoleh cara demikian sesungguhnya tak lebih hanyalah bersifat sementara dan sekadar anggapan belaka.
Bagi orang beriman, walau sebesar mana persoalan hidup yang melanda pasti akan dihadapi dengan sabar, tabah dan jiwa yang tenang. Lantaran, dengan memiliki ketenangan jiwa menyebabkan seseorang itu dapat menjalani kehidupan dengan teratur dan sewajarnya mengikut kehendak syariat Islam serta mampu beribadat dengan sempurna, melaksanakan tanggungjawabnya terhadap keluarga atau masyarakat. Kesimpulannya segala tindak-tanduk yang dilakukan mengikut rentak jiwa. Hal ini pernah disentuh Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya bermaksud: "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu maka jahatlah manusia. Ketahuilah itulah hati" (HR Bukhari dan Muslim) Bagi meraih ketenangan hakiki, perlu seseorang itu mengamalkan cara yang ditunjukkan oleh agama. Sesungguhnya berpegang kukuh kepada agama sangat penting lantaran menjadikan seseorang itu selalu berada dalam keadaan tenang. Kita sangat tertarik dengan ungkapan Ahli Falsafah dan Psikologi Amerika Syarikat, William James, yang berkata "Iman, adalah ubat paling mujarab dalam menyembuhkan tekanan. Antara kita dan Tuhan ada hubungan yang tidak terputus. Jika kita meletakkan diri di bawah naungan kekuasaan Tuhan dan berserah diri kepada-Nya, semua harapan dan angan-angan kita akan wujud. Pada masa sama, gelombang kesulitan hidup dan tekanan kehidupan tidak akan mampu menggoyahkan ketenangan dan kestabilan jiwa manusia yang memiliki iman kepada Tuhan".

Pendapat beliau selari dengan pandangan Dr Yusof Al-Qardhawi dalam bukunya Al-Iman Walayah yang menyebut, "Ilmu, kesihatan, kepuasan nafsu, kekuatan, harta kekayaan tidak dapat menjana kebahagiaan. Hanya iman kepada Allah, hari akhirat dapat menjana kebahagiaan dan ketenangan" Begitulah yang diajarkan Islam bahawa seseorang yang berpegang dengan agama secara benar bermakna selalu ingat kepada Allah SWT dalam pelbagai kesempatan atau peluang baik duduk, berdiri mahu pun berbaring, yang akhirnya membuahkan ketenangan jiwa. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram" (Surah Ar-Ra'd: 28) Dalam ayat lain kita menemui penjelasan Allah mengenai orang yang benar-benar beriman tetap memperoleh keamanan dan ketenteraman. "Orang-orang yang beriman dari tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk" (Surah al-An'am: 82) Kita juga perlu yakin dengan pertolongan Allah. Sebab seperti yang kita ketahui bahawa dalam usaha untuk mendapatkan sesuatu yang diimpikan sering kali terpaksa menghadapi masalah dan rintangan. Ini semua boleh menimbulkan rasa putus asa, takut dan kebimbangan. Bila ada keyakinan bahawa Allah akan menolong orang beriman (baik orang-orang terdahulu, sekarang dan akan datang) yang bersungguh-sungguh berusaha dan berjuang, menyebabkan jiwa menjadi lapang dan tenteram. Firman Allah SWT bermaksud:

"Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (Surah Al-Anfal: 10) Senada dengan itu di lain ayat Allah menjelaskan: "Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan) mu, dan agar tenteram hatimu kerana-Nya dan kemenanganmu itu hanyalah daripada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Ali Imran: 126) Islam juga mengajar kita agar selalu bersyukur kepada Allah. Nikmat yang Allah anugerah kepada kita amatlah banyak sehingga tidak terhitung jumlahnya. Kendatipun nikmat atau rezeki itu kecil, tetap diterima dengan penuh reda dan kesyukuran menyebabkan jiwa sentiasa lapang. Selanjutnya dia yakin bahawa Allah akan menambah nikmat itu sebagaimana dapat kita fahami daripada kenyataan al-Quran yang bermaksud: "...Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepadamu, demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras" (Surah Ibrahim: 71) Namun jika tidak ingin bersyukur, tatkala mendapat rezeki sedikit pasti akan terus menjadi resah, memberontak, putus asa dan dengki terhadap orang yang mendapat rezeki lebih daripadanya. Hal ini boleh kita lihat ayat suci yang bermaksud: "Dan Allah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi penduduknya mengingkari nikmat-nikmat Allah; Kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian (meliputi tubuh badan mereka), kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat" (Surah An-Nahl: 162).
Sesungguhnya apabila jiwa tidak tenang bermakna jiwa sudah dihinggapi penyakit yang pasti akan membinasakan keperibadian seseorang itu. Lantaran penyakit itu mencerminkan hanya keburukan saja sebagaimana dijelaskan Dr Hamzah Ya'qub dalam bukunya Tingkat Ketenangan dan Kebahagiaan Mukmin, bahawa sifat buruk dan merosak dalam batin manusia yang mengganggu kebahagiaan, merintangi peribadi daripada memperoleh keredaan Allah dan sikap mental yang cenderung mendorong peribadi melakukan perbuatan buruk dan merosak" Seandainya penyakit jiwa menguasai diri mengakibatkan ghairah beramal jadi melemah, semangat untuk maju dalam kebaikan terpadam, malas untuk bekerja, lalai mengingat Allah, sukar menerima kebenaran dan tumpul daya fikir Allah SWT menjelaskan: "Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada." ( Surah Al-Hajj: 46) Oleh yang demikian, sebagai seorang Islam yang mahukan kebahagiaan dan ketenangan sebenarnya dan berpanjangan, hendaklah sepanjang hidupnya membersihkan hati daripada sifat mazmumah dengan cara menghayati ajaran al-Quran dalam kehidupan serta meneladani keperibadian Rasulullah secara istiqamah. Dengan itu, orang Islam akan jadi lebih terpuji, produktif dan cemerlang.
dipetik daripada Mohd Adid Ab Rahman,
berita harian, jumaat 1 mei 2009.

Monday, April 20, 2009

motivasi diriku untuk jadi yang terbaik...

sayalah permata
anak kesayangan
kebanggaan ayah dan ibu..
saya dibesarkan
dengan kasih sayang
hanya yang terbaik untukku
menjadi harapan
di masa hadapan
sayalah
ANAK YANG CEMERLANG....
Assalamualikum kwn2...mse ngah study td tbe2 je aku ternyanyi lagu kat atas ni..kalo x slp ni lgu iklan susu dlu ni..bile nyanyi lagu ni je teringat kem motivasi mse aku nak pekse UPSR.huhu...mase tu pakar mtivasinye kao x slh pak ude kot nmenye.aku pon x ingt da nme pnhnye pe...da lme sgt..tp crmh mtvsi yg die bg mmg best...smpi meleleh air mate...lagu ni la yg die gune mse tu..die kate kami2 sume anak yg bek n bertuah.so kene blajo rjn2 smpi berjaye...bile da berjaye nti leh balas jase mak ayah kite...so sempena exam last semester ni aku bertekad gak nk wat yg paalling bek.pas ni tkt x de pluang nak amik exam ag..ye la kalo smbg master de la pluang tu..tp kalo x....ni la yg last..huhu...harapan tuk sem ni pon tinggi gak sbnrnye. tp tkt tesis plak sangkut..tp mntk2 x la...tuk tesis pon aku da wat yg terbek da tu...insyaAllah leh capai kot...n aku doakan sume kwn2, adik2 n termasuk dri aku skali akan berjaya dalam sem ni dan juge sem2 akan datang dan seterusnya akan mendapat kejayaan hakiki di dunia dan akhirat..AMINN...

selamat menghadapi peperiksaan....








assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian....selamat menempuhi peperiksaan akhir aku ucapkan.semoga semester ni kita dapat wat yang terbaik dan terbaik lagi...Aminn...try do the best for this final exam...last semester,last exam.....and for my own sake, i 'll to do the best!! wish me luck k.. =)

Saturday, April 18, 2009

Cinta Jangan Kau Pergi


by Sheila Majid


Kusedari
Kesalahan ini
Yang membuat segalanya
Gelap jadinya

Oh... oo... kasihku
Kuharap kau mahu
Memaafkan menerima pengakuanku

Jangan kau diam lagi
Ku tak sanggup menahan
Bicaralah kau sayang
Jiwa ini tak tenang

Cinta jangan kau pergi
Tinggalkan diriku sendiri
Cinta jangan kau lari
Apalah erti hidup ini
Tanpa cinta dan kasih... sayang