Friday, February 13, 2009

cahaya...=)


Hari-hariku semakin indah tiada lagi sepi,
Ku dgr kembali kicau burung di awal pagi,
Ku rasa kembali bayu lembut mencium pipi,
Ku lihat kembali awan2 biru berbentuk hati.


Semuanya sejak ku sedar kehadiran dirimu,
Walaupun hakikatnya kau sentiasa berada di hadapanku,
Wajah nan ayu menakik kalbu,
Mata yg nakal memarakkan asuku,
Senyuman bak pedang tajam,
Menawan tp menikam kejam.


Dirimu umpama bidadari trn dr syurga,
Indah,cantik,menawan,…. menduga.


Sebenarnya,
perwatakkanmu yg terus menundukkan ku,
Persamaan, perbezaan, keinginan, pengakuan, impian dan tingkah laku.


Cinta itu buta?
cinta itu pekak?
Tidak.


Cinta itu bermata, berhati, bernurani,
Cinta itu menilai,dinilai, memahami dan difahami.
Cinta subur atas tanah kepercayaan yg dibajaki,
Dibajai bangkai keegooan dan disirami air kerinduan,
Bisa kita petik buah cinta itu bila ianya ranum.


Ku pasti kau akan tetap jadi milikku,
Kerna Ku tahu kau rasakan apa yg kurasa
Mimpi selalu indah,

Pagi selalu cerah,
Bintang selalu terang,
Hati selalu girang,
Kerana kau ada aku,
dan aku ada kau.

huhu...siapakah gerangan si gadis ini???

1 comment:

  1. fuiyoooo...tak tahan ambo!!!

    "sapekah gadis itu?"
    (ntah2 ambo...kwang3) =P

    heheh!ye...
    tuan rumah le tuuu <=)

    ReplyDelete